Write For Us

'Bawa bertenang, kita di sini semua negatif' - Dewan kecoh sesi dipendekkan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung separuh hari bermula hari ini hingga Khamis apabila ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Usul penangguhan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) sebelum sesi soal jawab dan disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Usul itu kemudiannya mendapat reaksi daripada beberapa Ahli Parlimen yang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun menjelaskan mengenai status beberapa petugas di Parlimen yang dilapor positif Covid-19.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/549175
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment