Write For Us

Bawaku Terbang | Telefilem

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Pelakon : Nafiz Muaz, Ain Edruce, Hafiz Nolan, Miera Rahim, Bella Nazari
Penulis Skrip: Maizura Ederis
Pengarah: Kas Roshan

Am seorang gamers yang sangat suka menghabiskan masa bermain game. Antara game kegemarannya adalah game penerbangan. Suatu hari Am dicabar oleh salah seorang gamer untuk masuk ek akademi penerbangan untuk menjadi seorang juruterbang sebenar. Am berusaha mengambil semula SPM dan memohon pembiayaan untuk melayakkan dia untuk masuk ke Akademi penerbangan.

Setelah melalui pelbagai halangan akhirnya Am berjaya menjejakkan kaki ke Akedemi Penerbangan untuk menjadi juruterbang sebenar. Bagaimanapun, sebaik diterima sebagai kadet, Am menyedari satu lagi halangannya iaitu GAYAT! Am hampir berputus asa namun setelah diberi semangat oleh jurulatihnya, Kapten Wan, Am berjaya mengatasi fobianya itu. Am yang sering menjadi bahan kutukan mengadu nasib kepada Julie, seorang kadet wanita yang sama-sama dalam akademi itu.

Lama-kelamaan hubungan antara mereka mula rapat tanpa mengetahui sebenarnya Julie merupakan gamers yang pernah mencabar Am dulu. Akhirnya Am dan Julie sama-sama berjaya menamatkan latihan mereka dan menjadi seorang juruterbang.

#BawakuTerbang

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
https://www.youtube.com/channel/UCNeBX7xtnxLL1NhIMdDfhRA
Category
Filem - Movies
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment