Write For Us

Bayaran SRC kepada KWAP ikut jadual tahun lepas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Sehingga tahun lepas, SRC International Sdn Bhd masih membuat bayaran tetap untuk pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan [Diperbadankan] (KWAP), kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Majlis Penasihat Kerajaan berhubung keadaan kewangan KWAP di Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan bila pembayaran seterusnya dijadualkan.
SRC International mula mendapat perhatian selepas mengambil dua pinjaman RM2 bilion dari KWAP pada tahun 2011 dan 2012, dengan tempoh pembayaran balik selama 10 tahun.
Wan Kamaruzaman berkata beliau memberi taklimat kepada majlis penasihat mengenai tadbir urus KWAP serta isu berkaitan pencen hari ini.
Beliau juga memberikan laporan terbaru kepada Majlis Penasihat mengenai pelaburan KWAP, termasuk pinjaman mereka kepada SRC International.
SRC International sebelum ini mendakwa telah melabur sebahagian daripada pinjaman dalam projek kontroversi Gobi Coal & Energy Ltd, sebuah projek usahasama di Mongolia.
Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu SRC International disiasat mengenai keberadaan RM3.81 bilion daripada pinjaman RM4 bilion yang dikatakan dilaburkan di luar negara.
SRC International juga dikaitkan dengan siasatan rasuah yang baru dibuka semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
SPRM pertama kali membuka siasatan tersebut pada tahun 2015.
Namun siasatan itu diberhentikan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan Najib tidak melakukan sebarang salah laku.
Siasatan SPRM tertumpu kepada pemindahan RM42 juta dari SRC International kepada Najib.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment