Write For Us

Bayaran urus niaga tanpa tunai kena bayar lebih?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Kerajaan tidak komited menggalakkan masyarakat menuju ke arah negara tanpa bayaran tunai, kata anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Katanya, perkhidmatan seperti kad Touch ‘n Go bukan sahaja tidak mendapat potongan harga, tetapi turut dikenakan surcaj 10 peratus.
“Kalau kamu pergi luar negara, kamu guna e-pembayaran (pembayaran elektronik), kamu akan diberi diskaun apabila menaiki kereta api, bas dan kemudahan awam.
“Tapi tidak di Malaysia, kamu guna Touch ‘n Go atau apa-apa e-pembayaran, kamu tidak diberikan diskaun tapi diminta bayaran lebih,” katanya.
Lum juga berkata potongan harga hanya bergantung kepada pihak yang memberikan perkhidmatan.
“Kerajaan kata menggalakkan (urus niaga tanpa tunai) tapi tidak berbuat apa-apa.
“Saya kecewa, saya harap kerajaan laksanakan apa yang telah dikatakan bagi menggalakkan penggunaan tanpa tunai dengan memberikan insentif,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Lim sebelum itu dalam soal lisan di Dewan Rakyat bertanya menteri kewangan kenapa pengguna yang membuat bayaran melalui Touch ‘n Go, transaksi Internet dan telefon pintar tidak diberikan diskaun untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai.
Beliau juga meminta kerajaan menyatakan langkah bagi menjamin keselamatan pembayar tanpa tunai dari digodam.
Kementerian Kewangan berkata keputusan untuk menawarkan diskaun atau perlepasan fi untuk menggalakkan penggunaan kaedah e-pembayaran tertakluk kepada penilaian dan budi bicara penyedia perkhidmatan itu.
“Pada hakikatnya, kos pengendalian wang tunai secara amnya tidak diambil kira dalam harga barangan dan perkhidmatan.
“Jika ia diambil kira, pengguna e-pembayaran akan menjadi kaedah pembayaran alternatif yang berkos rendah yang boleh diterjemahkan sebagai diskaun pada harga barangan,” kata kementerian kewangan.
Selain itu kementerian kewangan berkata bagi penggunaan kad Touch ‘n Go Plusmiles di tol-tol yang diselenggarakan PLUS boleh menikmati rebat sebanyak lima peratus.
Bagi tambang pengangkutan awam Rapid dan KTM pula, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment