PEKERJA kedai kopi terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Georgetown, pada Rabu, 18 Disember melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Azmi Abdullah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap tertuduh, Lim Kok Pin, 49.
Azmi dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati tertuduh ditahan di tempat dan masa berlainan serta tidak ada berdekatan dan kawalan dengan dadah terbabit.
Katanya, tertuduh juga tidak mempunyai akses kepada kondominium yang mana dadah itu ditemui malah, kunci kondominium tidak ditemui bersama tertuduh ketika ditahan.
Tambah beliau, keterangan saksi pendakwaan ketiga iaitu tuan rumah kondominium itu juga memaklumkan tidak kenal langsung dengan tertuduh.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment