Write For Us

Bekas exco Pemuda UMNO, akar umbi umum keluar parti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
178 Views
Published
Lebih 30 pemimpin akar umbi Umno hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu kerana hilang keyakinan terhadap presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diketuai oleh bekas exco Pemuda Umno Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen di Hotel De Palma Ampang petang tadi.
Mohd Rafiq turut mendakwa, selain pemimpin Umno terdapat 150 anggota Umno lain yang turut menyertai keluar parti pada hari ini.
Katanya, Umno kini telah lari daripada perjuangan dan dirosakkan oleh kepimpinan parti yang tidak bertanggungjawab.
Majlis itu dihadiri kira-kira 70 anggota Umno yang lain.
Terdahulu Rafiq digantung sebagai anggota Umno selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya sebagai exco Pemuda Umno juga digugurkan.
Beliau didakwa melakukan sabotaj kepada Najib dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron melalui program Bicara Negarawan yang dicadang dianjurkan di Melaka pada tahun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment