Bekas menteri Zuraida Kamaruddin hari ini membawa bekas penduduk Kampung Berembang, Ampang yang diusir pada 2007 untuk berkongsi pengalaman bersama kira-kira 30 penduduk Kampung Setia Jaya di Kuala Lumpur yang kini berdepan masalah sama.
Bekas penduduk Kampung Berembang Noralizan Ali mengimbas kejadian pengusiran yang bermula pada 2003 sehinggalah kampung tersebut diroboh sepenuhnya pada 2007.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Noralizan ketika sidang media mengenai isu tanah melibatkan penduduk Kampung Setia Jaya di Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Kampung Setia Jaya didiami hampir 512 penduduk sejak 1980 telah menerima notis mengosongkan kediaman pada awal Disember lalu untuk diambil alih oleh pemaju.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment