Write For Us

Bekas Pengurus Besar Kanan MAHB didakwa kemuka tuntuan palsu

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
167 Views
Published
Bekas Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM18,580 untuk rawatan kecantikan.
Tertuduh, Md. Shamsuri Md. Isa, 41, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya yang dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Md. Shamsuri didakwa telah menggunakan tiga dokumen Card Credit Detail Form dan satu Borang Tuntutan Peribadi yang mengandungi butiran palsu iaitu pengesahan penggunaan kad kredit bagi tujuan rasmi MAHB sedangkan ia digunakan untuk tujuan peribadi merupakan rawatan kecantikan di sebuah klinik.
Tuntutan tersebut masing-masing berjumlah RM2,000, RM3,800, RM3,980, RM5,800 dan RM3,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 Mac hingga 26 September 2016 di Pejabat Korporat MAHB, Sepang.
Hakim Rozilah membenarkan Md. Shamsuri diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah telah menetapkan tarikh 5 Jun 2017 sebagai tarikh pengurusan kes.
Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S.Thangavelu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment