Write For Us

BELLA ASTILLAH DEDAH ADA HEROIN DRAMA JATUH CINTA DENGAN ALIFF AZIZ, KANTOI NAMPAK MISSED CALL

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
54 Views
Published
Bella Astillah mendedahkan ada pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya, pelakon Aliff Aziz.

Memberikan penjelasan mengenai hantaran di Instagram yang dimuat naik baru-baru ini yang menyindir wanita gemar ‘mencuba’ suami orang, Bella mendedahkan entri terbabit ditujukan untuk seorang aktres yang sedang bergandingan dengan Aliff dalam sebuah naskhah.

“Hantaran saya di Instagram itu adalah kerana saya risau kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri, saya ada perasaan trauma. Syukur, Aliff alami banyak perubahan selepas kami rujuk kembali.
“Hantaran itu saya tujukan kepasa seorang pelakon wanita. Selepas Aliff buat kemunculan semula, dia banyak bergandingan dengan heroin lain seperti Nad Zainal dan Intan Najuwa, ketika itu memang tak ada apa-apa pun.
“Cuma yang baru-baru ini, memang ada masalah. Jadi saya bagi amaran. Sudah tentu langkah pertama saya adalah bertanyakan suami terlebih dahulu. Tapi saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu. ‘Missed call’ sampai tujuh, lapan kali.
“Saya tak tahu nombor telefon siapa. Saya bertanya mengenai nombor terbabit dari seorang rakan artis dan memang betul, itu nombor pelakon wanita tersebut. Saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.
“Saya bergandingan dengan Zamarul Hisham dalam Aku Tanpa Cintamu. Saya tak pernah berhubung dengan dia secara langsung, kecuali di set penggambarab. Jika ada apa-apa pun, semua WhatsApp atau panggilan telefon akan dilakukan menerusi isteri Zamarul, pelakon Diana Rafar. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia.
“Jadi apabila sampai tujuh, lapan ‘missed call’, saya tak nampak sebab itu. Dia berikan mesej kepada saya. Dia minta maaf, dia katakan dia bodoh kerana dia telah tersuka dengan suami saya.
“Dia mesej di WhatsApp saya ‘non stop’, dia kata dia mahu jadi kawan saya. Dia sangat berani, sebab itu saya sampai ke tahap untuk membuat hantaran di Instagram. Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang, tak apa, pergilah, nak telefon hari-hari ke, nak keluar berdua ke, tak ada siapa akan marah,” jelas Bella kepada XTRA.
Sudah berbincang dengan Aliff terlebih dahulu, Bella kesal kerana pelakon wanita itu tetap berusaha untuk mendekati suaminya.
“Suami dah beri penjelasan kepada saya. Kita sudah berbincang secara matang. Tak macam dulu, sering bergaduh. Kalau orang cakap, kena marah suami dahulu, sudah tentu saya sudah memarahinya, tapi jika setiap hari dia nak mendekat, dia nak hubungi, dia nak cari, itu sudah ‘sesuatu’.
“Harapan saya, jika kita nak bekerja, kita kena betulkan niat. Kita mencari rezeki, kita nak kembangkan bakat kita, nak kongsi kebaikan. Jika ramai sangat orang bercakap tidak baik mengenai anda, mesti ada ‘sesuatu’. Saya harap selepas ini, bila kita tahu individu itu suami orang, kita kena berwaspada, jaga batas, biar orang hormat diri kita sebagai wanita.
“Begitulah saya bawa diri saya sebagai seorang wanita kerana saya tahu orang memerhatikan dan status saya sendiri sebagai isteri orang. Sama juga seperti Aliff, jadi saya harap tak ada lagi cerita yang tak baik,” katanya.
---
Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian wargamaya selepas berkongsi beberapa petikan mengenai wanita curang di IG Story miliknya baru-baru ini.

Menerusi petikan pertama, isteri kepada Aliff Aziz itu seakan-akan memerli seseorang dengan perkataan pelacur.

“Adakah awak sebenarnya ialah perempuan murahan? Jika ya, kamu tak ubah macam pelac*r,” tulisnya.

Malah Bella turut bertanya sama ada perlu atau tak tag nama individu yang dimaksudkannya.

Manakala satu lagi petikan pula menjelaskan mengenai maksud sebenar perempuan murahan, di samping meminta pengikutnya meneka gerangan individu berkenaan.

“Cuba teka siapa, kita tengok kalau ramai teka sama. Memang dia la tu. Tak pun korang send story ni dekat dia,” ujarnya.

Sementara itu, Bella turut memuat naik sekeping foto dirinya berserta kapsyen yang menjelaskan dia tidak boleh bertolak ansur terhadap wanita yang gemar mendekati lelaki yang sudah mempunyai isteri.

“Saya tidak tahan apabila seorang wanita tahu bahawa lelaki itu sudah berpunya, tetapi masih mahu mendekatkan diri. la menunjukkan betapa terdesak dan kasihan wanita itu.

“Selepas saya menaip namanya, perkataan secara automatik ditukar kepada `pelacur. Tak hairanlah,” tulis Bella.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment