Write For Us

Belum sampai ajal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Dua pemandu bas ekspres terselamat selepas bas dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) berhampiran Hospital Serdang, pagi Jumaat 6 Disember.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 pagi itu, bas ekpres milik sebuah syarikat swasta itu dikatakan mengeluarkan asap sebelum pemandu bas bertindak memberhentikan kenderaan berkenaan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cyberjaya, Rosman Ab Rahman, berkata sepasukan 13 pegawai dan anggota bomba bersama tiga jentera dari BBP Cyberjaya dan BBP Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
Rosman berkata, dua pemandu bas terbabit yang berusia lingkungan 30-an berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu.
Menurutnya, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment