Rakyat Malaysia masih kurang faham berkaitan kod amaran warna untuk amaran bencana, kata Menteri Sains dan Teknologi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
“Langkah utama adalah dengan mengubah kategori amaran supaya amaran yang dibuat sekarang, yang kita gunakan warna iaitu kuning, jingga dan merah, tidak berapa baik.
“Kita akui bahawa ia kurang difahami oleh masyarakat umum pada ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang mahu tahu apakah usaha kerajaan untuk memastikan dan isyarat awal dapat disampaikan kepada orang ramai lebih awal, khususnya di kawasan luar bandar.
Terdapat pihak mendakwa amaran bencana gagal dikeluarkan lebih awal dalam bencana besar yang melanda Pulau Pinang sebelum ini.
Jabatan Meteorologi bagaimanapun berkata amaran cukup telah diberikan termasuk di di TV dan media sosial.
Wilfred Madius berkata amaran bertulis waspada, buruk dan bahaya akan menggantikan kod kuning, jingga dan merah yang digunakan sekarang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment