Write For Us

'Bencana' WiFi awam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Awas setiap kali pengguna melakukan sambungan Internet menerusi jaringan tanpa wayar (WiFi) awam (Public WiFi) kerana ia mungkin sambungan ‘pendua’ yang sengaja dicipta oleh penggodam untuk mendapatkan data peribadi pengguna termasuk maklumat perbankan.
Jika anda gemar melakukan transaksi perbankan tanpa menyemak sambungan Internet terutamanya sambungan WiFi Awam, wujud kemungkinan besar bahawa penggodam sudah mengetahui kata laluan serta maklumat sensitif pengguna untuk dieksploitasi demi mendapatkan wang dengan cara paling mudah.
Pengguna kebiasaannya tidak mengetahui bahawa sambungan Internet awam itu adalah asli ataupun sambungan pendua memandangkan penggodam akan mencipta jaringan berkenaan yang sangat mirip dengan WiFi Awam sedia ada termasuk menggunakan nama umum seperti ‘Free Public Wifi’, ‘Free Kafe Wifi’ dan beberapa nama lain.
Pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berkata, penggodam kebiasaannya menyasarkan pengguna yang membuka laman web perbankan elektronik untuk mendapatkan data sebelum digunakan untuk kepentingan peribadi.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment