Write For Us

Bencinta | Episod 13

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Bencinta mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu bernama Nabil yang kehilangan ibunya dalam satu kemalangan jalan raya. Nabil yang ketika itu berusia 10 tahun telah dihantar ke rumah anak yatim oleh ibu saudaranya kerana menganggap Nabil sebagai pembawa malang. Di sana Nabil berkawan baik dengan Aishah dan Ikmal. Tetapi setahun selepas itu Nabil dijadikan anak angkat oleh Majid dan Maria yang ketika itu tidak mempunyai anak sendiri. Mereka berdua menyayangi Nabil dengan sepenuh hati dan merancang untuk menyerahkan syarikat milik Majid kepada Nabil bila dia besar nanti. Tidak lama selepas Nabil dijadikan anak angkat, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila. Amanat terakhir Maria sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah supaya Nabil menjaga dan mengahwini Nabila bila mereka besar nanti. Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang namun sikapnya menjadi terlalu mengongkong membuatkan Nabila membencinya. Kerana inginkan kebebasan, Nabila membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat restu dari ayahnya. Nabila juga nekad mengambil jurusan perniagaan kerana tidak mahu syarikat ayahnya jatuh ke tangan Nabil. Di luar negara, Nabila mula bermain cinta dengan seorang lelaki bernama Adam. Tetapi mereka terpisah seketika bila Adam terpaksa pulang setelah tamat pengajian. Di Malaysia pula Nabil bertemu semula dengan Aishah dan Ikmal. Ternyata Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil dan mencuba untuk memiliki hati Nabil setelah dia mendapat tawaran bekerja sebagai pembantu peribadi Nabil. Namun kemunculan Natasya, seorang wanita korporat yang lincah dan suka mengoda Nabil membuatkan Aishah sering makan hati. Nabila pulang semula ke Malaysia setelah tamat pengajian. Namun keadaan di rumah sudah berbeza. Nabil sudah berkuasa dan mengatur semua urusan kerana Majid sudah uzur. Demi untuk menjaga hati ayahnya, Nabila terpaksa memendam benci dan hanya bersabar dengan kerenah Nabil. Malah Nabil sekadar memberi jawatan yang biasa-biasa sahaja kepada Nabila. Tidak lama selepas itu Nabila bertemu semula dengan Adam, dan cinta antara mereka kembali mekar semula. Nabila kerap pulang lewat dan perkara itu mula membimbangkan ayahnya. Kerana itu Majid meluahkan rasa untuk menyatukan Nabil dan Nabila. Biarpun tanpa rela, Nabila tetap berkahwin dengan Nabil kerana tidak mahu syarikat ayahnya dimiliki sepenuhnya oleh Nabil. Tetapi selepas berkahwin Nabila tetap meneruskan perhubungannya dengan Adam tanpa mempedulikan Nabil. Suatu hari Nabil menunjukkan bukti kepada Nabila bahawa Adam telah pun berkeluarga dan mempunyai dua orang anak. Namun Nabila tetap tidak mengendahkan dan membuatkan kerap berlaku pertengkaran antara Nabil dan Nabila. Suatu hari, akibat tidak dapat mengawal kemarahannya lagi, Nabila telah menyuarakan bahawa dia boleh menguruskan sendiri syarikat itu dan tidak memerlukan Nabil. Akibat itu Nabil rasa tercabar dan terus meletakkan jawatan sebelum menghilangkan diri. Apa yang akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Adakah Nabila akan menemui jalan bahagia?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment