Write For Us

Bendera PKR, Malaysia muncul di Piala Dunia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
167 Views
Published
Bagi pasukan bola sepak Malaysia, yang menduduki tangga 171 dunia di bawah St Lucia - sebuah pulau merangkumi 617km dan dengan penduduk kurang daripada 200,000 - untuk layak ke Piala Dunia kekal sebagai mimpi yang sukar menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, bagi peminat bola sepak tempatan, mereka mungkin sedikit terhibur apabila mendapati sekurang-kurangnya ada bendera PKR dan Malaysia yang berjaya dibawa ke perlawanan pusingan akhir 2018 di Rusia.
Sekeping gambar yang diedarkan di media sosial menunjukkan jurulatih Senegal, Aliou Cisse mendonggak ke arah langit apabila pasukannya berdepan Poland semalam.
Dalam latar belakang itu, bendera PKR dapat dilihat diikat di pagar keluli di stadium Spartak Moscow. Bersebelahannya, terdapat pula bendera Malaysia.
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyiarkan gambar itu di akaun Twitternya, dengan kapsyen: "Siapa rakyat Malaysia ini? Duduk di barisan hadapan."
Dalam perlawanan Kumpulan H, Senegal menjadi negara Afrika pertama memenangi perlawanan pada pusingan akhir 2018 selepas menewaskan Poland 2-1.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment