Polis akan menyiasat jika terdapat unsur sabotaj dalam isu bendera Indonesia berhubung kesilapan dalam mencetak bendera negara itu secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan laporan polis sudah diterima dan siasatan sudahpun dijalankan.
Khalid bercakap pada sidang media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Modul Peningkatan Integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) Tahun 2017, di Bukit Aman, hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin malam Sabtu mengeluarkan permohonan maaf kepada rakan sejawatnya dari Indonesia Imam Nahrawi berkenaan gambar bendera Indonesia yang dicetak terbalik itu.
Kementerian Luar Wisma Putra turut mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada Indonesia berhubung insiden terbabit semalam.
Bendera republik itu menampilkan jalur merah di bawah jalur putih. Bagaimanapun gambar bendera dalam susunan terbalik diperkenalkan secara salah sebagai bendera Indonesia di dalam buku cenderamata yang diedarkan semasa acara pembukaan Sukan Sea itu.
Gambar itu muncul bersama-sama bendera kesemua negara-negara Asean lainnya dan tahun-tahun merujuk penganjuran acara sukan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment