Write For Us

Berbogel, serang pramugari dalam Malindo Air

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
178 Views
Published
Seorang lelaki warga asing ditahan semasa penerbangan Malindo dari Kuala Lumpur ke Dhaka pada Sabtu kerana tidak berpakaian dan menyerang seorang pramugari.
Memetik Mstar, insiden berlaku dalam penerbangan OD162 pada Sabtu.
Lelaki berusia 20 tahun yang dikatakan pelajar dari sebuah universiti di Cyberjaya didakwa melakukan masturbasi di tempat duduk sambil menonton pornografi menerusi komputer ribanya.
Beberapa saksi mendakwa lelaki tersebut juga berjalan ke tandas dalam keadaan tidak berpakaian, selain turut membuang air kecil di tempat duduknya.
Seorang saksi turut memberitahu lelaki itu mula bersikap agresif apabila diberitahu supaya memakai pakaian, sebelum menyerang seorang pramugari.
Berikutan keadaan di luar kawalan, lelaki itu ditahan oleh penumpang lain di pesawat dengan mengikat tangannya menggunakan kain.
Beberapa gambar lelaki yang tidak berpakaian itu tersebar di media sosial termasuk aplikasi mudah alih WhatsApp.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu memaklumkan, penumpang berkenaan dibawa oleh pasukan keselamatan Dhaka semasa ketibaan sebelum ditahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment