Write For Us

'Beri masa syarikat baharu bersaing dengan Astro'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Syarikat-syarikat baharu yang diberikan Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) memerlukan masa untuk meyakinkan pembekal kandungan televisyen sebelum boleh beroperasi dengan baik dan bersaing sepenuhnya dengan Astro.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata situasi yang sama ini pernah dilalui Astro sewaktu awal penubuhannya kira-kira 20 tahun lalu sebelum berjaya mencipta nama dan beroperasi sehingga kini.
“Masalah syarikat baharu adalah untuk mendapatkan hak kerana pembekal kandungan mahukan syarikat ini menyakinkan mereka sebelum boleh jual kandungan. Ini adalah kekangan untuk bersaing. Jika syarikat mula perniagaan pada dua hingga tiga bulan lepas, itu sudah kebiasaan.
“Astro mula beroperasi pada 1997. Namun secara penuhnya mula operasi pada 1999. Walaupun telah diberikan hak pada 20 tahun lepas, namun mereka cuma berjaya dapat pulangan selepas 15 hingga 16 tahun beroperasi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menghapuskan monopoli Astro selama 20 tahun dan bagaimana syarikat-syarikat baharu yang diberikan lesen boleh bersaing.
Eddin Syazlee berkata jika syarikat-syarikat baharu itu diberikan masa secukupnya dan mampu mendapatkan kandungan bersesuaian, persaingan sihat pasti akan dapat dilihat pengguna seterusnya membantu untuk membuat pilihan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment