Write For Us

Beri ruang untuk bincang isu PM - PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berharap PKR diberi ruang untuk membincang dan membina konsensus dalam isu bakal calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Fahmi berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini yang menyatakan bahawa PKR telah bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon mereka untuk jawatan Perdana Menteri bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana Menteri dengan syarat-syarat tertentu.
Dalam satu kenyataan media, Fahmi berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah meminta agar pimpinan berlapang dada serta berunding dengan semua pihak termasuk NGO agar Pakatan Harapan tidak kelihatan terburu-buru.
Fahmi turut menekankan bahawa isu utama adalah mempertahan agenda perubahan yang wajib berlaku dalam negara, bukan dengan hanya merubah Perdana Menteri sedia ada tetapi dengan reformasi menyeluruh.
Semalam laporan memetik sumber, biro politik PKR bersetuju untuk menyokong gabungan Mahathir dan Wan Azizah dengan syarat Mahathir bersetuju untuk membebaskan Anwar dari penjara dan kemudian menyerahkan kuasa kepadanya.
Sumber berkata perkara ini diputuskan semasa mesyuarat biro politik pada 19 Disember dan cadangan itu mendapat sokongan Anwar sendiri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment