Write For Us

Beri sokongan pada Ibrahim Mat Zin untuk berubah - Mufti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Watak yang pernah menarik perhatian dengan gelagatnya menjunjung buah kelapa untuk mencari pesawat malang MH370, Ibrahim Mat Zin, menamatkan kelas fardu ain yang dikendalikan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dalam kenyataan hari ini mufti, Datuk Dr Zulkifli Mohamad, berkata Ibrahim mengikuti kelas asas itu selama enam bulan membabitkan pengajian al-Quran, akidah, fikah dan akhlak.
Pengajian itu, kata Zulkifli, dikendalikan beliau sendiri serta pegawai pejabatnya.
Zulkifli berkata pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga perlu menyediakan laporan bulanan sepanjang tempoh berkenaan.
Jelasnya, pada 11 Disember lalu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan Ibrahim dibebaskan tanpa dilepas.
Dia bagaimanapun dikehendaki hadir ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sekali setiap bulan untuk diteliti perkembangannya mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.
Ibrahim diberi amaran terakhir oleh makhamah supaya tidak terlibat lagi dalam sebarang aktiviti ritual yang bercanggah dengan syarak atau berdepan hukuman penjara dua tahun.
Zulkifli juga berharap orang ramai tidak lagi memandang serong kepada Ibrahim, sebaliknya memberi sokongan kepada lelaki terbabit untuk berubah.
Fardu ain ialah pengajian membabitkan pengetahuan asas agama yang wajib ke atas seseorang yang baligh.
Antara ilmu yang dipelajari ialah mengenai sembahyang, puasa dan zakat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment