Write For Us

Beribu PATI rebut peluang B4G

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Rata-rata warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengakui program ‘Back For Good’ (B4G) Jabatan Imigresen Malaysia membuka peluang kepada mereka untuk pulang ke negara masing-masing tanpa dikenakan hukuman.
Tinjauan mendapati hampir 1,000 orang dari pelbagai negara ‘berkampung’ di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, sejak beberapa hari lalu bagi mendaftar permohonan program itu.
Ada dalam kalangan mereka terpaksa tidur di kaki lima bagi membolehkan pendaftaran dibuat kerana ramai yang mahu mendaftar dan sekiranya terlepas giliran, terpaksa menunggu keesokannya.
Wartawan yang berada di lokasi mendapati mereka menjadikan kaki lima kawasan terbabit sebagai tempat rehat, malah kebanyakannya sudah membawa beg pakaian untuk pulang ke negara masing-masing selepas kelulusan permohonan diperoleh.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment