Write For Us

Berita EP36 - Hot Air Balloon Putrajaya 2014 [English Subtitle] [HD]

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
640 Views
Published
Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya ataupun "Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014″ yang telahpun berlangsung pada minggu lalu telah berakhir dengan meriahnya. Upin & Ipin juga tidak ketinggalan berkongsi keseronokkan pesta belon panas ini dan bersama-sama memberi sokongan kepada penyertaan belon panas UNICEF. Sebagai duta rasmi UNICEF Malaysia, kehadiran Upin & Ipin sempena pesta belon panas ini sememangnya menjadi keunikkan dan amat dinanti-nanti.

Acara yang dianjurkan selama 6 tahun ini adalah usaha oleh syarikat AKA Balloon Sdn Bhd yang berhasrat untuk mempopularkan belon panas di Malaysia disamping menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi tumpuan pelancong.

Belon Panas UNICEF yang diterbangkan oleh Mr Andrew Parker merupakan kerjasama diantara projek istimewa iaitu "Fly High for Kids : World Balloon Project". Objektif utama projek ini adalah untuk menerbangkan Belon Panas UNICEF di 100 negara dalam tempoh 3 tahun. Malaysia menjadi destinasi ke 3 untuk projek ini. Mr Andrew yang pertama kali berjumpa dengan maskot Upin & Ipin sangat berbangga dan teruja sekali dapat beramah mesra dengan watak animasi no. 1 Malaysia.

Menurut Mr Andrew, beliau menggunakan Belon Panas sebagai medium memberi harapan dan bantuan kepada kanak-kanak. Dengan menerbangkan Belon Panas ini, Mr. Andrew juga memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk mempunyai impian yang tinggi dan tidak berputus asa. Beliau juga kerap ke sekolah-sekolah untuk berkongsi pengalaman beliau terhadap belon panas.

Terima kasih kepada pihak UNICEF Malaysia kerana telah membantu dan menyokong Upin & Ipin sepanjang acara ini berlangsung. Kepada pembaca setia blog Upin & Ipin, jangan lupa untuk mengikuti kami di Facebook, LINE, Youtube, Twitter dan Instagram.

-------------
Subscribe to our Youtube channel!! www.youtube.com/lescopaque

Get up to date with our Facebook channels :
Facebook: www.facebook.com/kelabupindanipin
Facebook: www.facebook.com/padazamandahulu

Follow us everywhere!
Twitter : www.twitter.com/lescopaque
Instagram : www.instagram.com/lescopaque
Les' Copaque: www.lescopaque.com
Category
Animasi - Animation
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment