Write For Us

Berita EP39 - Pemergian Allahyarham Datuk Aziz Sattar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
728 Views
Published
Sebagai satu-satunya syarikat animasi yang pernah bekerjasama dengan Datuk Aziz Sattar ketika penghasilan cerita 'Upin & Ipin', kami begitu sedih dengan pemergian arwah. Beliau begitu komited ketika sesi rakaman suara dan sering memberi cadangan untuk membuat lakonan suara yang lebih baik. Sifat beliau yang suka bercerita dan berjenaka ketika proses penghasilan animasi amat disenangi dan dirindui oleh warga kerja Les' Copaque. Beliau seorang yang tidak kedekut ilmu dan suka berkongsi cerita.

Watak animasi yang dihasilkan sememangnya dicipta mengikut diri sebenar Datuk Aziz Sattar. Episod istimewa 'Kenangan Mengusik Jiwa' telah mencapai lebih 1 juta penonton dan masih menjadi episod kegemaran ramai sehingga ke hari ini. Dari cerita inilah, kanak-kanak kecil mula mengenali semula tokoh-tokoh filem lama seperti arwah serta menyukai filem-filem lakonannya. Pemergian Datuk Aziz Sattar sememangnya satu kehilangan yang amat dirasai.

-------------
Subscribe to our Youtube channel!!

Get up to date with our Facebook channels :
Facebook:
Facebook:

Follow us everywhere!
Twitter :
Instagram :
LINE : @UpinIpin
Google+ :

Website !
Les' Copaque:
Upin & Ipin:
Pada Zaman Dahulu:

Email Us !
[email protected]
Category
Animasi - Animation
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment