Write For Us

Berita EP44 - Lawatan Blogger ke Les' Copaque [HD]

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
484 Views
Published
Pada beberapa minggu yang lepas studio Les' Copaque Production telah dilawati oleh rakan-rakan blogger. Kalau nak tahu, sebenarnya kebanyakkan penulis-penulis blog sangat meminati animasi Upin & Ipin dan disebabkan beberapa penulisan di blog merekalah sedikit sebanyak telah menaikkan nama Upin & Ipin. Bermula dari situlah, tercetusnya idea untuk menjemput rakan-rakan blogger ini untuk datang dan melawat studio Les' Copaque Production yang terletak di Shah Alam. Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam, En. Mohd Zarin adalah orang yang bertanggung jawab mengumpul dan menjemput rakan-rakan blogger yang terdiri dari latar belakang yang berbeza. Diantara beberapa blogger yang hadir adalah Shakiddo.com, Sifoo.com, Amanz.my, Sohoque.com, Melastikbintang.com, Denaihati.com dan banyak lagi.

Lawatan blogger yang pertama kali dianjurkan ini tambah istimewa lagi kerana telah mendapat penerangan yang terperinci dari Tn Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les' Copaque Production berkaitan dengan perancangan dan projek akan datang. Penerangan oleh beliau merangkumi perjalanan animasi Upin & Ipin dari awal hinggalah ke hari ini. Beliau juga berkongsi detik-detik kejayaan dan cabaran yang dihadapi selama 8 tahun bersama Les' Copaque Production.

Selepas hampir 1 jam penerangan yang terperinci, akhirnya rakan-rakan blogger di bawa melawat ke dalam studio dan melihat sendiri proses animasi dihasilkan. Department yang pertama adalah bilik rakaman suara yang ketika itu rakaman suara bersama suara Jarjit sedang diadakan. Kemudian mereka di bawa naik ke Art Floor di mana beberapa department seperti Modelling, Rendering, Concept, Compositing, Games dan R&D ditempatkan.

Kemudiannya mereka ke Animation Department dan melihat bagaimana animasi dihasilkan. Seterusnya adalah lawatan ke Story House yang mengumpulkan department seperti Skrip, Storyboard dan Audio.

Sebelum menamatkan lawatan, semua rakan-rakan blogger dibelanja makan tengahari di Geng's Corner iaitu "kantin" bagi Les' Copaque Production. Terima kasih sekali lagi kepada semua rakan-rakan blogger yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir di studio Les' Copaque.

-------------
Subscribe to our Youtube channel!!

Get up to date with our Facebook channels :
Facebook:
Facebook:
Facebook:

Follow us everywhere!
Twitter :
Instagram :
LINE : @UpinIpin
Google+ :

Website !
Les' Copaque:
Upin & Ipin:
Pada Zaman Dahulu:
DaDuDiDo :

Email Us !
[email protected]
Category
Animasi - Animation
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment