Write For Us

Bersatu akan rangka agenda Bumiputera baru - Presiden

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berikrar parti itu akan merangka satu dasar agenda Bumiputera baru yang benar-benar akan menambah baik kedudukan golongan itu di negara ini.
Dalam ucapan sempena pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda dan Srikandi Bersatu di Putrajaya hari ini, beliau berkata cabaran besar parti itu adalah membuktikan kepada orang Melayu kedudukan mereka lebih terjamin bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Mengakui sudah banyak yang dilakukan untuk tujuan itu sebelum ini, beliau berkata institusi untuk meningkatkan pencapaian orang Melayu seperti Felda, Tabung Haji dan Mara hampir runtuh disebabkan salah guna kuasa kerajaan dulu.
Muhyiddin berkata agenda baru itu akan berasaskan konsep perkongsian kemakmuran bersama yang saksama dengan tidak mengabaikan mana-mana golongan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment