Write For Us

Bersatu mungkin calonkan Muhyiddin sebagai PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
194 Views
Published
Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tengah hari tadi.
Bercakap dalam sidang media, Mahathir berkata perbincangan termasuklah kemungkinan Muhyiddin menjadi calon perdana menteri dari Bersatu.
"Jika semua orang pilih dia, saya okey," katanya.
Ditanya sama ada ia bermakna parti itu akan menamakan dua calon, termasuk dirinya, Mahathir berkata Bersatu masih belum membuat sebarang keputusan.
Beliau berkata mereka ada pandangan berbeza dalam soal kerjasama dengan Umno.
"Pendirian saya, tentunya, tidak menerima Umno sebagai parti komponen.
"Tetapi Muhyiddin lebih longgar (relaxed), agak sedia untuk menerima mereka en bloc (secara keseluruhan)," katanya lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment