Write For Us

BERSATU tandingi paling banyak kerusi Semenanjung

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Pakatan Harapan (HARAPAN) memutuskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding sebahagian besar kerusi di Semenanjung Malaysia.
Ketua setiausaha gabungan itu, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan hari ini BERSATU akan bertanding 52 daripada 165 kerusi parlimen di Malaysia Barat.
BERSATU diikuti oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diperuntukkan 51 kerusi, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi pula buat AMANAH.
"Dengan ini, kami bersatu dan bersetuju bahawa perjanjian ini mengikat parti-parti kami," kata Saifuddin.
Kenyataan bersama yang dibaca itu ditandatangani oleh ketua parti masing-masing iaitu Pengerusi BERSATU Dr Mahathir Mohamad, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment