Write For Us

Bersatu 'terasa hati' dengan tindakan Umno, tak bincang dulu - Ahmad Faizal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
52 Views
Published
Menteri Besar Perak sementara, Ahmad Faizal Azumu berkata pihak-pihak yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri dahulu harus mencari jalan 'berdamai' bagi menubuhkan kerajaan baru.

Faizal berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian yang diambil oleh kepemimpinan PAS pusat bahawa tiga Adun parti itu di Perak tidak akan mengambil bahagian dalam kerajaan negeri yang 'baru'.

Sementara itu, beliau mengakui Bersatu 'terasa hati' dengan tindakan Umno yang membawa usul undi percaya tanpa membuat perbincangan terlebih dahulu dengan sekutu PN yang lain.

Terdahulu, Ahmad Faizal menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk memberi sembah maklum berkenaan situasi semasa kerajaan Perak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment