Write For Us

BERSATU tetap berhati-hati terima ahli Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Bermula daripada kekecewaan terhadap pemimpin Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) lahir untuk menghadapi dominasi BN menjelang pilihan raya umum (PRU) yang dirahsiakan ketika itu.
Setakat ini pelaksanaan PRU di negara ini memang begitulah. Hampir tidak ada sesiapa yang benar-benar tahu kecuali seorang dua. Dan kemudian, tuhan.
Kehadiran BERSATU dalam gelanggang politik negara dipandang sinis - jika pun tidak prejudis. Hayatnya diramal tidak akan ke mana.
Namun hari ini BERSATU akan meraikan sambutan tahun kedua penubuhannya. Dan lebih menarik parti muda itu kini menyambutnya dengan penuh bangga sebagai sebahagian daripada kerajaan baru Malaysia.
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada umumnya parti itu tidak lagi boleh dianggap berumur setahun jagung.
"Kalau nak disebutkan, lebih sedikit daripada setahun jagung. Sekarang dah dua tahun jagunglah," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Muhyiddin ditemui dalam sesi wawancara bersama antara Malaysiakini dan Sinar Harian di rumah beliau di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
BERSATU mengadakan majlis sambutan tahun kedua penubuhan parti itu malam ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment