Write For Us

Bersihkan Umno, henti politik wang - Mat Hasan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan telah menggariskan iltizam untuk parti itu bangkit kembali dan meneruskan perjuangannya dalam arena politik tanah air.
Dalam hantaran di Facebooknya, Mohamad yang memangku tugas-tugas presiden menggariskan iltizam membangunkan wibawa Umno sebagai parti pembangkang yang terhormat dan disegani, memerangi politik wang, idea akan dijadikan modal politik dan menyemak kembali Agenda Melayu.
Beliau juga menggariskan hala tuju untuk membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang.
Antaranya, Umno mesti melupakan dahulu hajatnya untuk berkuasa semula dan hanya ada satu sahaja pilihan iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu.
Beliau berkata Umno juga akan bertegas dalam memerangi politik wang yang bukan sahaja menjadi faktor kepada kekalahan parti itu tetapi menjadikan rakyat semakin lemah dan tidak berketahanan.
Mohamad menegaskan untuk membangunkan semula Umno akan mengambil masa memandangkan tiada rumusan yang mudah dan tepat yang boleh diambil untuk terus digunakan lantaran dinamik politik Malaysia dan global sangat deras berubah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment