Write For Us

Berus bulu babi: KPDNKK ada kuasa buat rampasan - Menteri

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyita sebanyak 2,003 berus cat diperbuat daripada bulu babi benilai RM10,988.94, kata Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata rampasan itu dibuat kerana melanggar Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang yang Diperbuat Daripada Bahagian Babi atau Anjing) 2013 yang menetapkan barangan tersebut perlu dilabel dan diasingkan.
Setakat ini, katanya KPDNKK telah merekodkan 37 kes daripada 157 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Kesedaran Pengguna KPDNKK dan Skuad Smart Pengguna 1Malaysia, di sini hari ini.
Ditanya mengenai persoalan yang ditimbulkan sesetengah pihak bahawa KPDNKK tidak mempunyai kuasa untuk membuat rampasan itu, Hamzah berkata KPDNKK mempunyai kuasa berbuat demikian kerana peniaga gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
Beliau berkata berkata sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, peniaga sepatutnya prihatin dengan sensitiviti pengguna Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment