Write For Us

'Beta tak campur urusan politik'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda dan Istana Selangor sentiasa berada di pihak berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini.
"Beta tidak ada kaitan dengan apa juga bentuk persaingan politik dan tidak mencampuri urusan politik sama ada di peringkat negeri mahupun negara.
"Beta juga menegaskan bahawa kedudukan beta sebagai seorang raja adalah mengatasi politik dan tidak seharusnya dilihat menyokong mana-mana parti politik," titah baginda dalam satu perutusan khas hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda sentiasa percaya dan menghormati kuasa rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
"Beta sentiasa percaya dan menghormati kuasa rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak mewakili mereka, selaras dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia ketika ini," titah baginda.
Sehubungan itu Sultan Sharafuddin mengingatkan kepada sekalian rakyat terutama di negeri Selangor supaya tidak menimbulkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan dan kekacauan ketika musim pilihan raya ini.
"Beta berharap agar pilihan raya umum ke-14 ini dapat dijalankan dengan lancar dalam keadaan yang aman tanpa sebarang kekecohan dan huru-hara di kalangan rakyat," titah baginda.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-14 bagi memilih kerajaan yang baru diadakan pada 9 Mei.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment