Write For Us

'Biar kita susah...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Mengambil iktibar dari kepincangan kerajaan terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan kerajaan beriltizam untuk sentiasa menjaga kebajikan rakyat agar terus terbela.
Lim berkata, keprihatinan kerajaan kepada kebajikan rakyat dibuktikan melalui sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada Guru Kafa, imam, Tok Siak dan Bilal di seluruh negara.
"Kalau kita (kerajaan) susah kerana nak bantu rakyat , biar kita susah kerana jaga kebajikan rakyat , jangan negara susah kerana nak satu dua orang nak jadi kaya raya hidup mewah tetapi pada masa yang sama rakyat hidup susah itu menjadi pedoman kerajaan persekutuan yang baru", katanya dalam satu ucapan di Hotel Palace of the Golden Horse, Seri Kembangan.
Pada Selasa lalu, Kerajaan meluluskan pemberian bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), imam, bilal dan siak di seluruh negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment