Write For Us

Biar pembekal buat demo baju kalis api bomba - Zuraida

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata kerajaan akan memproses tender baru bagi membeli 9,000 baju kalis api bomba bulan depan dengan mengikut spesifikasi yang betul.
Zuraida berkata walaupun isu baju kalis api kecoh dengan isu 'rasuah' namun kementeriannya tetap akan mengeluarkan tender untuk pembelian itu.
Baju kalis api bomba menjadi perhatian apabila Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat bekalan baju kalis api yang "tidak selamat" kepada pasukan bomba di seluruh negara.
SPRM juga dikatakan telah merampas kira-kira 6,000 baju kalis api bermasalah pada 2017 yang menyebabkan anggota bomba dan penyelamat kekurangan pakaian memadam kebakaran dan terpaksa berkongsi baju kalis api "usang" atau menggunakan baju yang telah koyak.
Mengulas mengani siasatan SPRM, Zuraida menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment