Write For Us

'Biar SPRM siasat, Sarawak Report sibuk kenapa?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak mahu mengendahkan dakwaan terkini Sarawak Report yang mengaitkan pegawai tertingginya.
Malah, Khalid memberitahu, pihak yang wajar mengajukan soalan ketika ini ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan portal berkenaan.
"Dia (Sarawak Report) ada niat tak baik, ada agenda tertentu. Kita tak perlu layan.
"Biar SPRM siasat. Kalau nak tanya pun, biar SPRM tanya, apa disebut antara saya dengan Gopi (Gopinathan Krishnan) ke, antara pegawai saya ke, biar SPRM siasat.
"Dia (Sarawak Report) nak sibuk kenapa?," soal Khalid pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung dakwaan terbaru Sarawak Report yang mengaitkan beberapa pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan suspek utama kes rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.
Dalam laporan yang dikeluarkan semalam, Sarawak Report mendakwa Gopinathan ada menghubungi beberapa pegawai tertinggi PDRM di Bukit Aman, Perak dan Sarawak.
Antara yang dinamakan ialah Ketua bahagian Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohamad Salleh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment