Write For Us

Biar Star selesai masalah sendiri - IOJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Badan Wartawan Malaysia (IOJ) menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan terhadap The Star, berikutan keputusan akhbar itu untuk menggantung tugas dua pengarang kanannya berhubung penerbitan muka depan akhbar itu pada 27 Mei lalu yang mencetuskan kontroversi.
"Keputusan itu menunjukkan bahawa akhbar berkenaan sedia untuk memikul tanggungjawab berhubung apa jua pelanggaran yang telah atau dilihat dilakukannya atau sebaliknya.
"IOJ mengulangi pendiriannya bahawa cara untuk maju ke hadapan dalam mempromosikan akhbar bebas adalah membiarkan organisasi media membuat keputusan sendiri bagaimana untuk menangani isu-isu itu dan untuk menentukan hala tuju editorial mereka, tanpa tekanan yang tidak wajar dan tidak kena pada tempatnya daripada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.
The Star semalam menggantung tugas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Leanne Goh, dan pengarang eksekutif, Dorairaj Nadason, bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat berhubung penerbitan muka depan 27 Mei lalu.
Halaman depan akhbar itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila ia menyiarkan gambar umat Islam sedang sembahyang pada muka depannya bersama laporan mengenai keganasan yang bertajuk Malaysian Terrorist Leader (Pemimpin Pengganas Malaysia).
Kementerian Dalam Negeri pada 29 Mei lalu mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mengarahkan akhbar itu untuk menjelaskan mengapa lesen penerbitannya tidak sepatutnya digantung, mengikut peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).
Akhbar itu dikehendaki memberi jawapan dan alasan mereka sebelum 5 Jun ini.
Mengulas lanjut, IOJ berkata reaksi pelbagai pihak adalah "berlebihan" dan "sangat tidak seimbang" kerana ia adalah kesilapan "pengawasan editorial" dan bukan tindakan sengaja menyemai benih perpecahan kaum dan agama.
Akhbar itu juga telah membuat permohonan maaf pada 28 Mei lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment