Write For Us

Bicara kes Anwar vs KJ bersambung Jumaat ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Mahkamah menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menggunakan tiga kes terdahulu yang dihadapi bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk dua kes liwat sebagai rujukan dalam kes saman berkenaan.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi menuntut ganti rugi RM100 juta atas dakwaan Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah mengeluarkan perkataan memfitnah terhadapnya dalam ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Feb 2008.
Anwar yang diwakili peguam R. Sivarasa mendakwa perkataan memfitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' telah dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.
Prosiding di hadapan Hakim Azizul Azmi Adnan bersambung Jumaat ini.
Terdahulu, Anwar berkata beliau hanya sempat bersalaman dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun tidak dibenarkan berjumpa.
Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diiringi keluar sekumpulan pegawai penjara di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment