Sidang Dewan Rakyat pada pagi ini hampir kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendakwa kerajaan Barisan Nasional menabur janji kosong untuk membina 3 buah hospital baru - Parit Buntar, Kampar dan Seri Iskandar - yang sehingga kini masih belum dibina.
Malah, Nga juga mendakwa peruntukan untuk membina hospital baru turut dipotong apabila membaca buku Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.
"Kerajaan telah memberikan pelbagai pengumuman yang bercanggah sendiri. Contoh, Hospital Parit Buntar. 2012 diumumkan, 300 katil akan disediakan. 2013, jumlah bilangan katil dikurangkan menjadi 200. 2015, jumlah katilnya kurang daripada 150. Dan jawapan timbalan menteri pada 2015, jumlah katil menjadi 76. Bagaimana ianya menjadi sebuah hospital pakar?
"Bagi Hospital Kampar dan Hospital Seri Iskandar pada 2011, majlis pecah tanah telah dibuat, tetapi sudah 6 tahun hingga hari ini bayang pun tak nampak. Bilakah hospital ini yang dijanjikan betul-betul boleh siap?" soal Nga.
Beliau bertanya soalan demikian dalam sesi soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berhubung bila pembinaan 3 hospital itu akan siap.
Kemudian, beberapa ahli parlimen BN cuba mengganggu soalan tambahan Nga apabila melihat Pengerusi DAP Perak itu lari daripada soalan.
Menjawab soalan Nga, Hilmi berkata Hospital Seri Iskandar akan dibuka tender pada 2018 manakala Hospital Parit Buntar dalam fasa kedua yang akan dilaksanakan dengan segera.
Hilmi menjelaskan yang menjadi isu adalah Hospital Kampar.
"Hospital Seri Iskandar, akan tender 2018 . Hospital Parit Buntar dalam fasa kedua akan dilaksanakan dengan segera. Yang menjadi isu adalah Hospital Kampar. Memanglah perancangan begitu.
"Peruntukan kita untuk pembangunan tahun depan dijangka RM1.8 bilion. Yang ini kita nak bila hospital di seluruh dengar termasuk Sabah dan Sarawak," jawab Hilmi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment