Write For Us

Bila ada yang keluar, ramai yang masuk - Noh Omar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
152 Views
Published
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar memberitahu, walaupun terdapat pihak yang isytihar keluar parti, namun perkara itu tidak akan melemahkan Umno.
Malah, katanya, keputusan seseorang untuk keluar daripada Umno adalah hak masing-masing dan ia hanya merupakan tindakan yang dibuat ekoran keadaan politik semasa.
"Bila nak keluar parti ini hak masing-masing. Ia biasa. Ada yang keluar, ada yang masuk. Jadi saya percaya walaupun ada yang keluar, ia tidak akan melemahkan Umno.
"Bila ada yang keluar, ramai yang masuk. Jadi ini adalah keadaan isu politik semasa," katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di ibu negara hari ini.
Terbaru, pada Sabtu lalu seramai 1500 anggota parti itu keluar Umno selepas mendakwa hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment