Write For Us

Bila Chacha Masuk Asrama | Episod 12

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Ia mengisahkan seorang gadis bandar yang biasa hidup dalam kemewahan dan mempunyai perwatakan yang manja terpaksa tinggal di kampung atas tuntutan kerja bapanya yang akan berpindah ke Dubai. Bapanya mengarahkan Chacha (Nur Alis Mariya) untuk tinggal di kampung bersama neneknya dan menyambung persekolahannya di sana kerana tiada siapa yang akan menjaganya di rumah. Walau bagaimanapun Chacha menolak cadangan bapanya untuk tinggal di kampung sebaliknya meminta bapanya untuk menghantar dia ke sekolah asrama. Chacha yang tidak sanggup membayangkan hidupnya di kampung memilih untuk ke asrama. Pada hari dia dihantar ke asrama oleh bapanya dia teruja melihat bangunan asrama yang cantik. Tiba-tiba muncul beberapa orang 'senior' antaranya Nisha (Hazirah Qasdina Hazali) dan Mia (Nor Balqis Ahmad Tajudin) menunjukkan papan tanda 'Asrama Pelajar Baru' iaitu bangunan yang terletak di sebelah. Chacha yang terkejut melihat bangunan asrama itu kelihatan lama dan buruk tidak seperti apa yang dia bayangkan. Tambah teruk lagi apabila dia ditempatkan di dom berserta dengan pelajar lain. Chacha yang tidak pandai berdikari sedar bahawa dia terpaksa menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah. Adakah Chacha akan bertukar fikiran dan meneruskan persekolahannya di asrama bersama kawan-kawan baharunya? Pelbagai kejadian lucu yang berlaku akan mencuit hati anda sepanjang drama ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment