Write For Us

'Bila Najib akan minta maaf?'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Permohonan maaf oleh Goldman Sachs tidak cukup sebaliknya ia juga perlu membayar pampasan kepada Malaysia ekoran peranan rakan kongsinya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau berkata permohonan maaf itu perlu bagi negara dan rakyat Malaysia namun Goldman Sachs juga harus menanggung dan menunjukkan tanggungjawabnya.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Group Inc, David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas peranan bekas pegawai bank di firma itu dalam skandal 1MDB.
Goldman membantu menguruskan bon US$6.5 bilion bagi 1MDB dan Malaysia telah menfailkan pertuduhan jenayah terhadap bank tersebut serta dua bekas kakitangannya atas tuduhan mencuri.
Dalam masa yang sama Guan Eng turut mempersoalkan bila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana sebelum ini mempertahankan 1MDB.
Najib kita sedang berdepan pelbagai tuduhan berkaitan 1MDB di mahkamah dan sedang menunggu tarikh perbicaraan.
Guan Eng berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan pelantikan pengatur utama bersama Bon Samurai di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment