Write For Us

'Bila Najib jadi jurucakap pembangkang?'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
133 Views
Published
Parti AMANAH membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihadapan 5,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Najib ketika berucap semalam memberi amaran kepada penjawat awam yang masa depan mereka mungkin menjadi buruk jika pembangkang mengambilalih pentadbiran negara.
Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkifli Ahmad menjelaskan pembangkang tidak pernah bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam bahkan Pakatan Harapan mahu mengembalikan kegemilangan perkhidmatan awam.
Pakatan turut mahu mengembalikan 'independent professional service' dan menghapuskan budaya takut kepada pengusaha politik.
Secara sinis Dzulkifli mengingatkan Najib memberi fokus menyelesaikan imej negara dikaca mata dunia dan ketirisan dalam pentadbiran beliau.
Dzulkifli berkata demikian ketika sidang media di ibu pejabat AMANAH hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment