Apabila Sapno Tukijo melangkah keluar dari surau Taman Free School di Pulau Pinang, dalam keadaan hujan lebat dan banjir yang sedang melanda pada malam Ahad lepas, hanya satu perkara yang ada di fikirannya.
"Saya tidak merasan apa-apa, saya hanya mahu menyelamatkan yang lain," kata Sapno kepada Malaysiakini.
Bilal itu telah membuka pintu surau kepada kira-kira 70 orang, termasuk orang Cina dan India, memberi mereka berlindung sementara menunggu banjir surut.
Usaha beliau itu telah menjadi tajuk berita di seluruh negara dan beliau dan surau Taman Free School mendapat pujian, termasuk dari Perdana Menteri Najib Razak.
Namun, apabila semua telah berlalu, Sapno kembali berdepan dengan usaha peribadinya yang belum selesai.
Antaranya ialah usaha sekian lama anak Riau itu untuk mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).
"Saya masih menggunakan pasport ... Saya telah memohon untuk menjadi penduduk tetap sejak tahun 1994, tetapi ia berterusan ditolak.
"Masih tiada sebab yang diberikan mengapa permohonan saya ditolak," kata bapa kepada enam orang, dalam nada kecewa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment