Write For Us

Bilangan mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 389 orang pagi ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 389 orang pada jam 8 pagi Ahad, 1 Disember, berbanding 198 orang pada jam 8 malam Sabtu, 30 November.
Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, Pasir Mas menjadi jajahan terbaru dilanda bencana itu selepas 179 orang dipindahkan lewat malam Sabtu.
Dalam pada itu laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras bacaan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.01 meter (m) melebihi paras bahaya 9m berbanding 9.29m pada Sabtu malam.
Manakala Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai melebihi paras amaran iaitu 31.40m (amaran 31m).
Selain itu, tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai meningkat kepada 21.75m (berjaga-jaga 20m), Sungai Kelantan di Kusial meningkat kepada 13.52m (berjaga-jaga 12m) dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah meningkat kepada 21.78m (berjaga-jaga 21.5m).
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment