Write For Us

'Bingung' lantik bekas menteri BN di UKM: Maszlee jawab Kadir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
69 Views
Published
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menegaskan perlantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dibuat menerusi prosedur yang ditetapkan dan menerusi perbincangan.
Menjawab kecaman penasihat Media Perdana Menteri Datuk Abdul Kadir Jasin yang bingung mengenai pelantikan itu, Maszlee berkata lantikan dilakukan berdasarkan kepada merit.
Maszlee yang ditemui pada sidang akhbar selepas majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini berkata, pelantikan Wahid yang juga bekas pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan menteri BN bukan isu kerana menurutnya ramai pegawai yang ada pada hari daripada kerajaan terdahulu.
Sebelum ini menerusi satu kenyataan di blog, Kadir yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu mengkritik Maszlee kerana melantik Wahid sebagai pengerusi lembaga pengarah UKM.
Wahid, bekas menteri era BN, dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah UKM berkuat kuasa 1 November hingga 31 Oktober.
Selepas pembentukan kerajaan baru Mei lalu, ramai pegawai kanan kerajaan telah berundur atau digugurkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment