Write For Us

BIPK hanya libat lantikan baru mulai 1 Januari 2020 - JPA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal - BIPK, hanya melibatkan pegawai baharu yang dilantik mulai 1 Januari ini.
Penerima BIPK sedia ada akan terus menikmatinya mengikut kadar sekarang sehingga meninggalkan perkhidmatan.
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataannya memaklumkan pegawai kontrak juga masih layak menerima BIPK, sekiranya tarikh tamat kontrak dan pelantikan semula melalui kontrak baharu pegawai adalah secara terus menerus dan tidak terputus tempoh perkhidmatannya.
Kajian mengenai BIPK dilaksana setiap lima tahun bagi menilai kewajarannya.
Jelasnya secara prinsip, pemberiannya tidak kekal dan boleh ditarik balik jika skim perkhidmatan berkaitan tidak lagi kritikal.
Kajian terbaharu yang dilaksana tahun ini mendapati, kesemua 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi kritikal kerana gagal memenuhi kriteria penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan.
BIPK pernah dikaji sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada 1997, 2001 dan 2007.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment