Write For Us

BN kesal DUN Selangor tolak usul PKR hina institusi raja

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Tindakan DUN Selangor menolak usul yang dikemukakan pembangkang berikutan tindakan Naib Presiden PKR, Darell Leiking yang didapati menghina insititusi beraja di negeri menimbulkan rasa kesal BN.
ADUN BN-Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata tindakan kerajaan negeri berdiam diri jelas menunjukkan sikap hipokrit kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Saya telah menyuarakan cabaran kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan timbalan presiden PKR pada 16 Julai yang lalu, namun sehingga kini beliau masih menikus dan mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang dalam satu parti dengannya,” kata Budiman dalam sidang medianya di bangunan Annex, Shah Alam hari ini.
Darell Leiking sebelum ini dilaporkan memuat naik status menerusi akaun Facebook beliau mempertikaikan khutbah JAIS sempena Aidilfitri 6 Julai lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment