Write For Us

BN tak pernah tipu rakyat, kata Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak meminta rakyat bijak menilai yang mana kaca dan permata antara usaha yang pernah dilakukan oleh kerajaan dan pembangkang.
Sebagai kerajaan, Najib turut memberitahu bahawa kerajaan BN tidak pernah menipu rakyat dan segala usaha dan projek perumahan yang dilaksanakan adalah untuk rakyat.
"Kita mesti tahu bezakan antara kaca dan permata, antara hak dan batil.
"Sebagai kerajaan, BN tak pernah tipu rakyat. Kita buat (projek perumahan) untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan majlis pecah tanah Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang di Segambut, Kuala Lumpur.
- PM rasmi projek rumah, penduduk 'demo' di luar
Dalam pada itu, sekumpulan penduduk Kampung Jinjang Selatan Tambahan mengadakan demonstrasi di luar majlis rasmi Najib yang dijadualkan mengadakan majlis pecah tanah Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang di Segambut, ibu negara.
Setiausaha Jawatankuasa Perumahan Tetap, Amir Khan berkata penduduk Jinjang Selatan Tambahan tidak berpuas hati apabila diminta untuk keluar daripada kediaman yang telah diduduki oleh mereka sejak sekian lama dahulu.
Usaha Amir Khan untuk menghantar memeorandum secara peribadi kepada Najib turut gagal kerana dihalang oleh anggota polis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment