Write For Us

Bohong ke betul saya tak tahu, Anwar ulas ikrar PAS sokong Dr M

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
64 Views
Published
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan tentang spekulasi bahawa terdapat dua parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang mungkin merancang pembelotan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah beliau enggan melayan pendedahan oleh Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan itu.
Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Syarahan Darul Ehsan di Universiti Selangor (Unisel), hari ini,
Takiyuddin pada sidang akhbar semalam, ketika menjawab kontroversi pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, persetujuan bertulis parti itu sebenarnya draf ikrar menyokong Dr Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
Menurut Takiyuddin, PAS merasakan ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap tentang sekutunya dalam PH.
Justeru, katanya, sebab itulah PAS berikrar memberi sokongan kepada beliau ketika pertemuan dengan Abdul Hadi pada Jumaat lalu.
Sehari selepas pertemuan itu, Mahathir mendakwa PAS membuat keputusan untuk tidak menyokong BN dalam PRK Semenyih.
Penjelasan itu susulan dakwaan Dr Mahathir bahawa PAS tidak akan menyokong Umno di Semenyih dan perakuan tersebut disebut jelas perdana menteri dibuat secara lisan dan bertulis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment