Write For Us

Boleh tanya saya apa saja, saya sedang mood baik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Dewan Tertinggi BN tidak pernah membincangkan berkenaan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Setiausaha Agung gabungan komponen itu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab khabar angin kononnya Hishammuddin yang merupakan bekas Naib Presiden UMNO bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu.
Media melaporkan pada Ogos lalu bahawa pemimpin utama BN selain Ahmad Zahid, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Tan Sri S A Vigneswaran secara sebulat suara melantik Hishammuddin sebagai Setiausaha Agung.
Ditanya berkenaan pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Ahmad Zahid berkata segala keputusan akan ditentukan dalam mesyuarat BN.
“Kita ikut jadual Suruhanjaya Pilihan Raya. Kita juga akan adakan mesyuarat rasmi dengan semua Presiden parti komponen BN dan kita akan tetapkan tarikh dan maklumkan dalam waktu yang paling terdekat,” katanya.
“Kita belum ada mesyuarat Dewan Tertinggi BN. InsyAllah (akan dibincangkan) apabila tiba masanya,” katanya ketika ditemui media di Dewan Rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment