Write For Us

"Bolehkah Zamihan jawab?" tanya Khairuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini berkata beliau pelik dengan kenyataan Dr Zamihan Mat Zin yang mengatakan haram mengundi DAP kerana tidak menyokong hukum hudud.
Dalam satu kenyataan, beliau mempersoalkan mengapa presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu hanya menyasarkan DAP sedangkan MCA dan Gerakan juga tidak menyokong hukum Islam berkenaan.
Sehubungan itu, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu bertanya kepada Zamihan apakah hukum mengundi BN memandangkan parti berkenaan juga bekerjasama dengan MCA dan Gerakan.
Dalam wawancara bersama Watan Online Sabtu lalu, Zamihan mendakwa haram untuk umat Islam mengundi DAP yang menolak hukum-hakam Islam kerana membantah usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Zamihan turut mendakwa, bukan sahaja haram mengundi DAP malah haram juga untuk menyokong serta membantu parti berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment